Khamis, 6 April 2017

Roslin, Hafiz tersungkur



ARKIB : 05/09/2003
Oleh MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan HALIMAH JULKIP
 
ROSLIN tidak dapat mengawal kekecewaannya sejurus selepas kekalahan mengejut kepada pemain muda negara, Lee Chong Wei pada pusingan kedua Terbuka Malaysia di Kompleks Sukan, Likas, Kota Kinabalu semalam. - Gambar ZULKARNAIN MOHD. SAIDIN.

PEMAIN remaja negara, Lee Chong Wei dan Yeoh Kay Bin mencuri tumpuan pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia semalam apabila melangkah ke suku akhir untuk mengiringi naib juara dunia, Wong Choong Hann.

Bagaimanapun kejutan besar berlaku di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu apabila juara dunia, Xia Xuanze tewas kepada rakan senegara dari China, Bao Chunlai 14-17, 12-15.

Juara Seluruh England, Muhammad Hafiz Hashim turut gagal meneruskan kemaraan bersama abangnya, Mohd. Roslin Hashim dan juara 2001, Ong Ewe Hock.

Juara kebangsaan, Chong Wei, 22, menyingkirkan Niels Christian Kaldau dari Denmark 15-7, 15-3 pada pusingan ketiga dan Kay Bin menang 5-15, 15-7, 15-4 ke atas rakan senegara, Kuan Beng Hong.

Terdahulu di pusingan kedua, Chong Wei mengejutkan pemain lebih senior, Roslin 3-15, 15-9, 17-15 dalam pertarungan yang berlangsung selama 90 minit manakala Kay Bin menang percuma ke atas Dicky Palyama dari Belanda.

Hafiz, 22, kini mengalami kekalahan keenam berturut-turut pada pusingan awal sejak menjuarai Seluruh England Februari lalu selepas tewas 15-7, 15-4 kepada pemain nombor satu negara, Choong Hann.

Turut terkeluar pada pusingan ketiga ialah Ewe Hock dan Sairul Amar Ayub manakala seorang lagi pemain perseorangan negara, Pei Wei Chung tewas pada pusingan kedua.

Dalam perlawanan suku akhir hari ini, Chonn Han akan menentang juara Asia, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia, Kay Bin pula berdepan pemain nombor satu dunia, Chen Hong dan Chong Wei bertemu Bao Chunlai.

Baki satu lagi perlawanan suku akhir menyaksikan pemain Korea, Lee Hyun II berhadapan jaguh Denmark, Jonassen Kenneth.

``Hafiz memiliki kelebihan sendiri tetapi dari segi permainan Choon Hann jauh lebih baik dan lebih berpengalaman daripada Hafiz,'' kata jurulatih perseorangan negara, Misbun Sidek.

Mengenai kemaraan Chong Wei ke suku akhir, Misbun mengakui pemain itu lebih menyerlah pada kejohanan kali ini dan ia merupakan petanda yang baik buat pemain seangkatannya.

Begitupun Misbun menegaskan, masih banyak lagi yang perlu diperbaiki oleh Chong Wei menjadi pemain yang lebih baik pada peringkat antarabangsa.

KEPUTUSAN:

LELAKI (Pusingan ketiga)

Perseorangan

Chen Hong (CHN) kln Bjoern Joppien (GER) 15-9, 15-7; Yeoh Kay Bin (MAS) kln Kuan Beng Hong (MAS) 5-15, 15-7, 15-4; Wong Choong Hann (MAS) kln Muhammad Hafiz Hashim (MAS) 15-7, 15-4; Sony Dwi Kuncoro (INA) kln Sairul Amar Ayob (MAS) 15-6, 15-13; Lee Chong Wei (MAS) kln Niels Christian Kaldau (DEN) 15-7, 15-3; Bao Chun Lai (CHN) kln Xia Xuanze (CHN) 17-14, 15-12; Lee Hyun Il (KOR) kln Ng Wei (HKG) 15-10, 15-7 Kenneth Jonassen (DEN) kln Chetan Anand (IND) 11-15, 15-9, 15-4.

(Pusingan kedua)

Perseorangan

Zhang Ning (CHN) kln Juliane Schenk (GER) 11-4, 11-1; Xie Xingfang (CHN) kln Any Wreckstrom (FIN) 11-0, 11-2; Silvi Antarini (INA) kln Seo Yoon Hee (KOR) 11-4, 8-11, 11-9; Zhou Mi (CHN) kln Miko Tanaka (JPN) 7-11, 11-3, 11-3; Camilla Martin (DEN) kln Maria Kristin (INA) 11-0, 11-3; Wang Chen (HKG) kln Kelly Morgan (WAL) 11-6, 11-6; Pi Hongyan (FRA) kln Yao Jie (NED) 11-3, 11-6; Gong Ruina (CHN) kln Aparma Popat (IND) 11-5, 11-3.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0905&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4dTsUyYUX
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan