Ahad, 16 April 2017

Choong Hann mara ke separuh akhir

ARKIB : 03/04/2004
PEMAIN nombor satu negara, Wong Choong Hann bangkit daripada kekalahan pada set pertama sebelum menundukkan naib juara Seluruh England, Peter Gade-Christensen dari Denmark untuk mara ke separuh akhir Badminton Terbuka Korea di Stadium Tertutup Choongju, semalam.
Kemaraan Choong Hann bagaimanapun gagal dituruti pemain muda negara, Lee Chong Wei yang tunduk straight-set 3-15, 13-15 kepada pemain tuan rumah, Park Tae-sang dalam perlawanan suku akhir.
Choong Hann, 26, pilihan keempat kejohanan diheret beraksi dalam pertarungan satu jam, 12 minit sebelum menyingkirkan Gade-Christensen 10-15, 15-4, 15-8.
Naib juara dunia itu bakal berdepan laluan lebih getir pada saingan separuh akhir hari ini apabila menantinya adalah pilihan pertama dan bekas pemain nombor satu dunia, Chen Hong dari China.
Cheng Hong yang kini menduduki ranking kedua dunia hanya mengambil masa 40 minit untuk menyingkirkan Dicky Palyama dari Belanda 15-9, 15-8.
Satu lagi separuh akhir akan menemukan perseorangan tunggal Korea, Tae-Sang dengan juara dunia, Xia Xuanze dari China.
Xuanze, pilihan ketiga mara selepas mengetepikan pemain Jerman, Bjoern Joppien 15-1, 15-12.
Choong Hann, pemain nombor empat dunia dan Cheng Hong hanya bertemu dua kali sepanjang tahun 2003 dengan kedua-dua pemain terikat 1-1.
Cheng Hong mengalahkan Choong Hann dalam saingan separuh akhir Terbuka Malaysia September tahun lalu, di mana dia akhirnya muncul juara.
Bagaimanapun Choong Hann menebus kekalahan tersebut dengan mengalahkan pemain China itu dalam peringkat suku akhir Terbuka Denmark, dua minggu kemudian.
KEPUTUSAN: (suku akhir)
Perseorangan lelaki: WONG CHOONG HANN kln Peter Gade-Christensen (Den) 10-15, 15-4, 15-8; Park Tae-sang (Kor) kln LEE CHONG WEI 15-3, 15-13; Chen Hong (Chn) kln Dicky Palyama (Ned) 15-9, 15-8; Xia Xuanze (Chn) kln Bjoern Joppien (Ger) 15-1, 15-12
Perseorangan wanita: Jun Jae-Youn (Kor) kln Mia Audina (Ned) 8-11, 11-7, 11-2; Xu Huaiwen (Ger) kln Pi Hongyan (Fra) 11-6, 11-4; Gong Ruina (Chn) kln Wang Chen (Hkg) 11-6, 6-11, 11-1; Zhang Ning (Chn) kln Xie Xingfang (Chn) 11-3, 11-6
Beregu campuran: Kim Dong-Moon-Ra Kyung-Min (Kor) kln Nova Widianto-Vita Marissa (Ina) 15-10, 15-3; Chen Qiqiu-Zhao Tingting (Chn) kln Tsai Chia-Hsin-Cheng Wen-Hsing (Tpe) 8-15, 15-5, 15-6; Sudket Prapakamol-Saralee Thungthongkam (Tha) kln Nathan Roberton-Gail Emms (Eng) 7-15, 15-9, 15-9; Kim Yong Hyun-Lee Hyo Jung (Kor) kln Bjoern Siegemund-Nicol Pitro (Ger) 5-15, 8-1

Tiada ulasan:

Catat Ulasan