Jumaat, 2 Disember 2016

BAM minta bantuan Misbun

ARKIB : 08/05/1999
MISBUN (baju t merah) dan Roslin Hashim (baju t kuning) menunjukkan cara memegang raket kepada peserta klinik badminton kebangsaan di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam.

PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) meminta bantuan jurulatih Nusa Mahsuri, Misbun Sidek bagi membantu skuad negara yang membawa cabaran ke pertandingan Piala Sudirman dan Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark, bermula minggu depan.

Presiden Kelab Nusa Mahsuri, Jalani Sidek memaklumkan perkara itu ketika ditemui di klinik badminton kebangsaan zon tengah di Kompleks Sukan Kampung Pandan, Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Jalani, Misbun memang akan pergi ke Copenhagen minggu depan bagi membantu adiknya Rashid Sidek yang terpilih membawa cabaran ke kejohanan tersebut.

''Memandangkan Misbun berada di sana, mereka telah meminta khidmat jurulatih ini untuk turut membantu pemain-pemain lain,'' katanya.

Menurut Jalani, memandangkan peruntukan yang terhad, kelab itu hanya boleh menghantar Misbun, Rabu ini.

''Dia hanya sempat menyaksikan sebahagian daripada cabaran negara pada pertandingan Piala Sudirman tetapi kehadirannya lebih diperlukan bagi membantu Rashid menghadapi pertandingan individu Kejohanan Dunia,'' katanya.

Rashid merupakan pemain tunggal Nusa Mahsuri yang terpilih untuk menyertai kejohanan itu berdasarkan kedudukannya dalam ranking Persekutuan Badminton Antarabangsa.

Dalam perkembangan lain, Jalani berkata, beliau akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) mengenai kejohanan yang akan disertai di bawah projek Gemilang 2001.

Menurutnya, berdasarkan cadangan yang akan dikemukakan, sekurang-kurangnya lapan kejohanan antarabangsa dijangka disertai sepanjang tahun ini dalam usaha memastikan pemainnya layak ke Sukan Olimpik Sydney tahun depan.

''Terbuka Malaysia merupakan kejohanan pertama yang disenaraikan dalam program ini, diikuti dengan kejohanan lain di Indonesia, Thailand dan beberapa negara Eropah,'' ujarnya.

Sementara itu, klinik badminton kebangsaan kali kedua anjuran kelab tersebut telah brjaya menarik penyertaan kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah di Selangor, Kuala Lumpur dan Perak.

Menurut Jalani, klinik yang sama juga akan diadakan di Alor Setar (2-4 Jun), Johor Bahru (26-28 Julai) serta Sabah dan Sarawak.

''Selain daripada klinik untuk pemain, kami juga akan mengadakan kursus asas jurulatih di kompleks ini (Kompleks Sukan Kampung Pandan) pada 28-30 Mei ini.

''Klinik-klinik ini merupakan sebahagian daripada sumbangan kami dalam mengenalpasti dan melahirkan pemain-pemain muda untuk diketengahkan

Oleh: SRY ANGRENI MOHD. ZET

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0508&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4RjZwgnym © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan