Selasa, 6 Disember 2016

Rashid terkandas -- Badminton Terbuka Thailand


 

ARKIB : 11/07/1999
RASHID SIDEK.

SENTUHAN memberangsangkan Rashid Sidek dalam Kejohanan Badminton Terbuka Thailand menemui noktahnya apabila kecundang pada separuh akhir di Gimnasium Nimibut, Bangkok, semalam.

Rashid, bekas pemain nombor satu negara menyerah mudah 7-15, 6-15 kepada Ji Xinpeng dari China sekali gus meluputkan hasratnya memburu gelaran sulung antarabangsa sejak 1996.

Rashid yang tampil di bawah kelab profesional Nusa Mahsuri sebelum ini menumbangkan dua pemain handalan China, Luo Yigang dan Dong Jiong pada pusingan keempat dan suku akhir.

Kekalahan Rashid selaku pilihan ketiga-keempat itu turut membolehkan China membolot gelaran perseorangan lelaki pada perlawanan akhir hari ini.

Xinpeng, pemain tanpa pilihan bakal menentang rakan senegara, Chen Gang untuk penentuan juara apabila pilihan ketiga-keempat itu menundukkan seorang lagi pemain China. Chen Gang menewaskan Chen Hong 15-3, 9-15, 15-12 pada satu lagi separuh akhir.

Dalam acara beregu lelaki, Michael Soogard-Jim Laugesen dari Denmark meneruskan kemaraan ke perlawanan akhir untuk menentang pasangan China, Yu Jinhao-Chen Qiqiu.

Soogard-Laugesen menghampakan pasangan tuan rumah, Pramote Teerawiwatana-Tesana Panvisvas 15-13, 15-7 manakala Yu-Chen menang ke atas Hadi-Endra Mulyajaya dari Indonesia 15-8, 15-6.

Keputusan lain separuh akhir:
Wanita (perseorangan) _ Gong Ruinna (CHN) kln Lee Kyung Won (KOR) 11-6, 11-4; Dai Yun (CHN) kln Zhou Mi (CHN) 11-4, 11-6; beregu _ Qin Yiyuan-Gao Ling (CHN) kln Nathanael Eliza-Deyana Lomban (INA) 15-8, 15-4; Vita Marisa-Emma Ermawati kln Lu Ying-Huang Sui (CHN) 15-12, 15-6.

Beregu campuran (akhir): Liu Yong-Ge Fei (CHN) kln Michael Soogard-Rikke Olsen (DEN) 15-12, 15-6.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=0711&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_01.htm#ixzz4S3WICCoD

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan