Sabtu, 17 Disember 2016

Choong Hann, Rashid mara

ARKIB : 09/03/2000
BIRMINGHAM, England - Pemain nombor satu Malaysia, Wong Choong Hann mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Seluruh England di sini semalam selepas menang straight-set ke atas pemain Sepanyol, Sergio Llopis.

Choong Hann, pemain kidal yang mara ke separuh akhir Grand Prix di Brunei Februari lepas hanya diberikan sedikit tentangan oleh Llopis sebelum menang 15-7, 15-9.

Pemain nombor empat dunia itu yang semakin meningkat kedudukannya dalam ranking dunia sejak memenangi pingat emas Sukan Komanwel 1998 sedang memburu rekod untuk menjadi pemain Malaysia pertama menjuarai kejohanan badminton tertua dunia ini sejak Tan Aik Huang melakukannya pada 1966.

Sementara itu dua pemain Nusa Mahsuri, Rashid Sidek dan Roslin Hashim menerima nasib berbeza.

Rashid, bekas naib juara kejohanan berjaya melepasi cabaran getir pusingan pertama tetapi Roslin pula gagal meneruskan cabaran.

Rashid, juara Sukan Komanwel dua kali bagaimanapun terpaksa mengerah seluruh pengalamannya sebelum berjaya menjinakkan kedegilan dan ketahanan pemain tinggi lampai dari Ukranie, Vladislav Druzchenko untuk menang 15-8, 13-15, 15-4.

Roslin pula nyata tidak bernasib baik apabila tewas kepada jaguh Jepun, Kazuhiro Shimogami 17-16, 9-15, 15-4 sekali gus menjejaskan peluangnya untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2000 di Sydney September depan.

Choong Hann akan bertemu pemain Korea, Shon Seung-Mo hari ini. - AFP

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_09.htm#ixzz4T64krMJD © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan