Selasa, 13 Disember 2016

Cabaran kita berakhir -- Badminton GP Akhir Dunia

 ARKIB : 05/12/1999
CABARAN Malaysia pada Kejohanan Badminton Grand Prix Akhir Dunia berakhir selepas pemain perseorangan, Wong Choon Hann dan beregu lelaki, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah tersekat pada pertemuan separuh akhir di Stadium tertutup Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan, semalam.

Choon Hann tumpas kepada pemain nombor satu dunia, Peter Gade-Christensen dari Denmark dalam permainan straight set dengan 10-15 dan 13-15, sekali gus membolehkan Gade-Christensen mara ke akhir bertemu pemain Indonesia, Marleve Mainaky.

Mainaky mengalahkan rakan senegara, H. Hendrawan dalam perlawanan yang berlanjutan ke set penentuan dengan keputusan 15-11, 9-15 dan 15-11.

Sementara itu, Tan Fook-Wan Wah nyata sukar menandingi kehebatan gandingan Indonesia, Tony Gunawan/Candra Wijaya yang turut mencatat kemenangan straight set dengan 15-12 dan 15-5.

Gunawan-Wijaya akan menentang pasangan Korea Selatan, Ha Tae-Kwon/Kim Dong-Moon yang mengalahkan rakan senegara mereka, Yoo Yong-Sung/Lee Dong-Soo dengan 4-15, 15-10 dan 15-7.

Persaingan akhir perseorangan wanita pula menjadi milik Ye Zhaoying dan Dai Yun. Pada separuh akhir semalam, Zhaoying mengalahkan Gong Zhizhao 11-2 dan 11-5 manakala Dai Yun mengetepikan cabaran Zhao Mi 9-11, 11-3 dan 11-5.

Pasangan China, Ge Fei dan Gu Jun pula mengesahkan tempat perlawanan akhir beregu wanita selepas menewaskan Etty Tantri dan Cynthia Tuwankotta dari Indonesia dengan 15-3, 15-4.

Mereka akan menentang beregu Korea Selatan, Chung Jae-Hee dan Ra Kyung-Min yang mencatat kemenangan ke atas Chen Lin dan Jiang Xuelian dari China dengan 15-6, 15-9, pada perlawanan akhir hari ini.

Dalam pada itu, pasangan campuran nombor satu dunia, Liu Yong-Ge Fei dari China terkeluar pada saingan separuh akhir apabila tewas mengejut kepada beregu Indonesia, Trikus Haryanto-Minarti Timur dengan 8-15 dan 13-15.

Trikus-Minarti akan menentang juara dunia dari Korea Selatan, Kim Dong Moon-Ra Kyung Ming pada perlawanan akhir hari ini.

Dong Moon-Kyung Ming, ranking kedua dunia dan juara bertahan mara ke akhir selepas mengetepikan pilihan keempat dari Denmark, Michael Sogaard-Rikke Olsen 15-11, 15-12 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR:
Lelaki: Perseorangan - Peter Gade-Christensen (DEN) kln WONG CHOON HANN (MAS) 15-10, 15-13; Marleve Mainaky (INA) kln H. Hendrawan (INA) 15-11, 9-15, 15-11. Beregu - Ha Tae-Kwon/Kim Dong-Moon (KOR) kln Yoo Yong-Sung/Lee Dong-Soo (KOR) 4-15, 15-10, 15-7; Tony Gunawan/Candra Wijaya (INA) kln CHOONG TAN FOOK/LEE WAN WAH (MAS) 15-12, 15-5. Wanita: Perseorangan - Ye Zhaoying (CHN) kln Gong Zhichao (CHN) 11-2, 11-5; Dai Yun (CHN) kln Zhou Mi (CHN) 9-11, 11-3, 11-5. Beregu - Ge Fei/Gu Jun (CHN) kln Etty Tantri/Cynthia Tuwankotta (INA) 15-3, 15-4; Chung Jae-Hee/Ra Kyung-Min (KOR) kln Chen Lin/Jiang Xuelian (Chn) 15-6, 15-9 Beregu campuran - Trikus Haryanto/Minarti Timur (INA) kln Liu Yong/Ge Fei (CHN) 15-8, 15-13; Kim Dong Moon/Ra Kyung Min (KOR) kln Michael Sogaard/Rikke Olsen (DEN) 15-11, 15-12.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1999&dt=1205&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=sp_02.htm#ixzz4SiXfbjG8 © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan