Selasa, 28 Mac 2017

Badminton Seluruh England - Yong ketuai cabaran negara

ARKIB : 14/02/2003
BIRMINGHAM, England - Pemain veteran, Yong Hock Kin mengetuai kemaraan empat pemain perseorangan lelaki Malaysia ke pusingan ketiga kejohanan badminton Seluruh England selepas mengejutkan pemain nombor satu negara dan pilihan kedua, Wong Choong Hann semalam.

Yong, 29, yang hampir menggantung raket kerana kecederaan lutut dan hamstring tahun lalu memberi kejutan 15-9, 15-5 kepada Wong dalam perlawanan yang berlangsung lebih 40 minit.

Menantinya pada pusingan ketiga adalah pemain Jepun dan pilihan ke-15, Hidetaka Yamada yang menyingkirkan pemain Jerman, Conrad Hueckstaedt 15-9, 15-4.

Bekas pemain nombor satu dunia, Mohd. Roslin Hashim turut cemerlang mengetepikan pemain nombor satu Singapura, Ronald Susilo 17-14, 15-3 dalam masa 47 minit.

Roslin, 28, yang menundukkan George Rimarcdi dari Switzerland pada pusingan pertama akan bertemu pemain nombor dua Korea Selatan, Shon Seung-mo. Shon mara selepas menundukkan Colin Haugton dari England, 15-9, 15-3.

Adik Roslin, Muhammad Hafiz yang memburu gelaran antarabangsa pertamanya sejak muncul juara Sukan Komanwel turut menempah tiket pusingan ketiga dengan menyingkirkan Shoji Sato dari Jepun.

Hafiz, 20, yang mengejutkan juara Asia dan pilihan ke-13, Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia pada pusingan pertama kelmarin, memerlukan 48 minit untuk menang 15-8, 15-11.

Pemain Denmark, Anders Boesen, pilihan keenam kejohanan akan mencabar Hafiz pada pusingan ketiga selepas mengalahkan Per-henrik Croona dari Sweden 15-7, 15-8.

Sementara itu, kegembiraan pemain Belanda, Dicky Palyama yang mencatat kejutan terbesar kejohanan dengan mengalahkan bintang Indonesia, Taufik Hidayat kelmarin berakhir dengan kekalahan di tangan pemain muda negara, Lee Tsuen Seng.

Lee, 22, yang akan berdepan pemain veteran Indonesia, Marleve Mainaky pada pusingan ketiga hari ini, menyingkirkan Dicky 15-10, 15-8.

Dalam beregu lelaki, bekas pasangan nombor satu negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah melepasi halangan pertama dengan menewaskan Chen Qiqiu-Cheng Rui dari China 15-13, 15-13.

Kemaraan pasangan Choong-Lee itu bagaimanapun gagal diteruskan oleh Chang Kim Wai-Hong Chieng Hun yang tewas 4-15, 15-8, 3-15 kepada beregu Indonesia, Luluk Hadiyanto-Alvent Yulianto.

Choong-Lee akan bertemu pasangan Sepanyol, Jose Antonio Crespo-Sergio Llopis Solis pada pusingan kedua, manakala beregu utama negara, Chan Chong Ming-Chew Choon Eng tidak beraksi di pusingan awal setelah mendapat bye.

KEPUTUSAN
LELAKI, perseorangan (pusingan kedua): MUHAMMAD ROSLIN HASHIM (MAS) kln Ronald Susilo (Sin) 17-14, 15-3; YONG HOCK KIN (MAS) kln WONG CHOONG HANN (MAS) 15-9, 15-5; Niels Christian Kaldau (Den) kln Rasmus Wengberg (Swe) 15-1, 17-14; Kenneth Jonassen (Den) kln Wu Yunyong (Chn) 9-15, 15-13, 15-13; MUHAMMAD HAFIZ HASHIM (MAS) kln Shoji Sato (Jpn) 15-8, 15-11; Lee Hyun-Il (Kor) kln Lin Dan (Chn) 15-11, 15-6; Hidetashi Yamada (Jpn) kln Conrad Hueckstadt (Ger) 15-9, 15-4; Chen Hong (Chn) kln Ng Wei (Hkg) 15-17, 15-7, 15-9; Bao Chunlai (Chn) kln Peter Gade (Den) 9-15, 15-13, 15-11; Chen Yu (Chn) kln Chen Gang (Chn) 15-5, 15-5; Lee Hyun-Il (Kor) kln Dicky Palyama (Ned) 15-10, 15-8; Marleve Mainaky (Ina) kln Kasper Oedum (Den) 15-8, 15-11; Aamir Ghaffar (Eng) kln Kasper Fangel (Den) 8-15, 15-6, 15-5; Xia Xuanze (Chn) kln Indra Wijaya (Sin); 15-2, 15-7; Anders Boesen (Den) kln Per-Henrik Croona (Swe) 15-7,15-8.

Beregu (pusingan pertama): Keita Matsuda-Tadashi Othsuka (Jpn) kln Robert Blair-Ian Palethorpe (Eng) 15-3, 15-3; Zhang Jun-Zhang Wei (Chn) kln Kristof Hopp-Thomas Tesche (Ger) 15-7, 17-14; CHONG TAN FOOK-LEE WAN WAH (MAS) kln Chen Qiqiu-Cheng Rui (Chn) 15-13, 15-13; Jose Antonio Crespo-Sergio Llopis Solis (Esp) kln Stanislav Puhkov-Nickolai Zuev (Rus) 15-8, 13-15, 15-14; Tommy Sorensen-Jesper Thomsen (Den) kln Howard Bach-Kevin Han (USA) 15-12, 15-10; Han Sang-Hoon-Lee Jae-Jin (Kor) kln Ingo Kindervater-Bjoern Siegemund (Jer) 15-11, 15-6; Jim Laugesen-Michael Sogaard (Den) kln Liu Kwok Wa-Albertus Susanto Njoto (Hkg) 15-4, 15-7; Thomas Laybourn-Peter Buur Steffensen (Den) kln Vincent Laigle-Svetoslav Stoyanov (Fra) 17-14, 14-17, 15-5; Sigit Budiarto-Candra Wijaya (Ina) kln Michal Logosz-Robert Mateusiak 15-5, 15-5; Norio Imai-Hiroshi Ohyama (Jpn) kln Jochen Cassel-Joachim Tesche 15-5, 15-11; Sang Yang-Zheng Bo (Chn) kln Patapol Ngernsrisuk-Sudket Prapakamol (Tha) 15-7, 15-8; Imanuel Hirschfeld-Jorgen Olsson (Swe) kln Hendri Saputra-Denny Setiawan (Sin) 15-11, 17-15; Jesper Christensen-Jesper Larsen (Den) kln Stephen Foster-Paul Trueman (Eng) 15-8, 15-7; Luluk Hadiyanto-Alvent Yulianto (Ina) kln CHANG KIN WAI-HONG CHIENG HUN (MAS) 15-4, 8-15, 15-3; Wouter Claes-Frederic Mawet (Bel) kln Mathew Huges-Martyn Lewis (Wal) 15-12, 15-11.

sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cc26rayz © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan