Ahad, 19 Mac 2017

Tiada masalah bagi Tsuen Seng

ARKIB : 27/10/2001
PILIHAN pertama, Lee Tsuen Seng tidak menghadapi masalah untuk mengatasi K. Yogendran apabila menang 8-6, 7-1, 8-6 untuk mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Kelantan di Kota Bharu, semalam.

Tsuen Seng yang baru sahaja menjuarai Terbuka Belanda akan bertemu pemain tuan rumah, Mohd. Hafiz Hashim pada separuh akhir hari ini. Hafiz turut layak ke separuh akhir selepas menewaskan Ismail Saman 7-1, 3-7, 7-1 pada suku akhir.

Sebelum ke suku akhir, Tsuen Seng tidak menghadapi masalah mengetepikan pemain tuan rumah, Chong Chi How dengan kemenangan 7-2, 7-2, 7-2.

Yogendran sebelum itu layak ke suku akhir selepas mendapat kemenangan percuma ke atas Ramesh Nathan.

Hafiz pula mengalahkan Mohamed Edham dengan keputusan 7-2, 7-1, 8-6 sebelum bertemu seorang lagi pemain pilihan, Ismail yang mengalahkan Kuan Beng Hong 7-4, 7-2, 7-0 sebelum ini.

James Chua yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berjaya mengetepikan rakan sepasukan, Yong Hock Kin untuk menempah tempat ke separuh akhir.

James menang 7-2, 3-7, 2-7, 7-5, 7-2 untuk mencipta pertemuan dengan Lee Chong Wei yang menang 7-0, 7-3, 8-6 ke atas Sairul Amar Ayob pada satu lagi babak suku akhir.

Hock Kin sebelum itu mengalahkan Allan Tai, 7-3, 6-7, 7-5, 7-3 manakala James mengalahkan Alvin Chew 7-5, 7-1, 7-1.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1027&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4bmWlBSyw

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan