Jumaat, 24 Mac 2017

Badminton Terbuka Singapura - Giliran Roslin tersingkir



 
ARKIB : 23/08/2002
ROSLIN HASHIM mengembalikan bola pukulan pemain China, Xia Xuanze pada perlawanan pusingan ketiga badminton Terbuka Singapura, semalam. Roslin tewas 11-15, 15-6, 8-15. - Gambar AFP.

SELEPAS Muhammad Hafiz Hashim terkeluar awal, giliran abangnya, Roslin pula gagal meneruskan kemaraan dalam Kejohanan Badminton Terbuka Singapura apabila tewas kepada pemain pilihan utama kejohanan dari China, Xia Xuanze dalam aksi pusingan ketiga, semalam.

Bagaimanapun, Wong Choong Hann melepasi halangan untuk mara ke suku akhir selepas menewaskan pemain Indonesia, Budi Santoso.

Roslin gagal menyaingi corak permainan pantas Xuanze dan tewas 11-15, 15-6, 8-15. Sebelum bertemu pemain China itu, Roslin mengatasi pemain Indonesia, Agus Hariyanto.

Choong Hann memberi harapan kepada negara apabila melepasi halangan ke suku akhir dengan menang mudah straight set 15-7, 15-8 ke atas Budi.

Pemenang gangsa Sukan Komanwel itu sebelum ini terpaksa berhempas pulas pada pusingan kedua ketika mengatasi pemain China, Chen Yu.

Terdahulu, pemenang pingat perak Sukan Komanwel, Choong Tan Fook-Chan Kim Wai meneruskan cabaran negara ke suku akhir apabila menewaskan beregu berpengalaman England, Nathan Robertson-Anthony Clark.

Beregu kedua negara itu mara setelah menang set penentuan. Sebelum itu mereka tewas 13-15 pada set pertama tetapi bangkit 15-8 untuk memaksa perlawanan ke set penentuan.

Tiket ke suku akhir menjadi milik beregu negara setelah menang 15-6 pada set penentuan tersebut dan akan satu lagi pasangan berpengalaman, Promote Teerawiwatana-Tesana Panvisvas dari Thailand bagi penentuan tempat separuh akhir hari ini.

Kejayaan beregu lelaki diikuti oleh dua pasangan campuran negara, gandingan Zakri Mohd-Wong Pei Tty dan Hong Chien Hun-Norhasikin Amin yang melepasi pusingan pertama.

Zakri-Pei Tty mara setelah menang mudah 11-2, 11-2 kepada pasangan Itali, Stefano Infantino-Agnese Allegrini.

Chien Hun-Norhasikin juga menewaskan beregu Eropah, gandingan Thomas Tesche-Carina Mette dari Jerman 11-3, 11-5.

Beregu wanita negara pula mengakhiri cabaran di seawal pusingan kedua setelah pasangan tunggal, Wong Pei Tty-Chin Eeu Hui tewas kepada gandingan Zhang Jiewen-Wei Yili dari China 11-6, 11-4.

KEPUTUSAN

Perseorangan wanita (pusingan pertama)

Camilla Martin (Den) kln Koo Wai Chee Lousia (Hkg) 11-2, 11-7; Xie Xinfang (Chn) kln Li Li (Sin) 11-3, 11-5; Dai Yun (Chn) kln Kerina de Wit (Ned) 11-1, 11-1; Agnesse Allegrini (Ita) kln Juliane Schenk (Ger) 13-10, 11-8; Zhang Ning (Chn) kln Xiao Luxi (Sin) 11-1, 11-2; Yuli Marfuah (Ina) kln Lili Fan (Sin) 11-9, 11-8 ; Judith Meulendijks (Net) kln Kim Kyeung-Ran (Kor) 11-5, 5-11, 13-12; Hu Ting (Chn) kln Meainee Mangalarkiri (USA) 11-1, 11-0; Jun Jee-Youn (Kor) kln Petra Overzier (Ger) 9-11, 11-8, 11-5 ; Gong Ruina (Chn) kln Atu Rosalina (Ina) 11-7, 1-0 (berhenti) ; Kaori Mori (Jpn) kln Anu Weckstrom (Fin) 11-2, 11-1; Wang Chen (Hkg) kln Huang Chia-Chi (Tpe) 11-2, 11-3 ; Cheng Shao-Chien (Tpe) kln Wu Elle (USA) 11-7, 11-1 ; Mia Audina Tjiptawan (Ned ) kln Ellen Angelina (Ina) 11-8, 11-1 ; Sujitra Ekmongkolpaisarn (Tha) kln Dian Novita Sari (Ina) 11-8, 11-3; Zhou Mi (Chn) kln Katja Michalowsky (Ger) 11-3, 11-0

Beregu campuran (pusingan pertama):

Kim Dong-Moon/Ra Kyung Min (Kor) kln Tsai Chia-hsin/Cheng Wen-hsing (Tpe) 11-3, 11-1 ; Michael Lamp/Ann-Lou Jorgensen (Den) kln Frederik Bergstrom/Jenny Karlsson (Swe) 11-6, 8-11, 11-4; Tri Kusharyanto/Emma Ermawati (Ina) kln Hendry Sapautra/Jiang Yanmei (Sin) 11-3, 11-2 ; HONG CHIEN HUN/NORHASIKIN AMIN (Mas) kln Thomas Tesche/Carina Mette (Ger) 11-3, 11-5 ; Jens Eriksen/Mette Schjoldager (Den) kln Robert Blair/Donna Kellog (Eng) 11-4, 11-2 ; Chen Qiqiu/Zhang Jiewen (Chi) kln Anggun Bugroho/Eny Widiowati (Ina) 11-6, 11-2 ; Khunakorn Sudhisodhi/Saralee Thungthongkam (Tha) kln Kristof Hopp/Katrin Piotrowski (Ger) 11-1, 11-4 ; Albertus Njoto/Koon Wai-chee (Hkg) kln Hiroshi Ohyama/Megumi Oniike (Jpn) 11-6, 11-2 ; Lee Jei-Jin/Hwang Yu-Mi (Kor) kln Bjoern Siegemund/Nicol Pitro (Ger) 11-6, 11-4; Chris Bruil/Lotte Jonathans (Ned) kln Norio Imai/Chikako Nakayama (Jpn) 11-6, 11-8 ; Bambang Suprianto/Minarti Timur (Ina) kln Liu Kowk-wa/ Wang Chen (Hkg) 11-6, 11-2 ; Michael Sogaard/Rikke Olsen (Den) kln Robby Istanta/Tety Yunita (Ina) 11-2, 11-1 ; ZAKRY MOHD/WONG PEI TTY (MAS) kln Stefano Infantino/Agnese Allegrini (Ita) 11-2, 11-2 ; Jonas Rasmussen/Jane Bramsen (Den) kln Shiuchi Sakamoto/Keiko Yoshitomi (Jpn) 11-0, 11-3 ; Lars Paaske/Pernille Harder (Den) kln Yau Tsz-yuk/Li Wing-mui (Hkg) 11-4, 11-5 ; Nathan Robertson/Gail Emms (Eng) kln Zhang Jun/Gao Ling (Chn) 11-6, 8-11, 11-3

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0823&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cG9pMi2S
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan