Sabtu, 25 Mac 2017

Ewe Hock no.1



RKIB : 16/11/2002
DI sebalik pencapaian kurang memberangsangkan baru-baru ini, pemain veteran Ong Ewe Hock kekal sebagai pemain nombor satu Malaysia menurut ranking dunia terkini yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) semalam.

Pemain berusia 30 tahun itu yang masih belum mengecapi sebarang kemenangan selepas menjuarai Terbuka Malaysia buat kali kedua pada Julai tahun lepas, kekal di tempat ketiga dunia di belakang dua pemain China Chen Hong dan Bao Chunlai.

Beliau gagal layak ke pusingan ketiga pada tiga kejohanan terakhirnya - Terbuka Indonesia, Terbuka Belanda dan Terbuka Denmark.

Bagaimanapun, oleh kerana beliau mengumpul 1,894 mata, tiada siapa dapat menyingkirkannya dari tempat ketiga.

Ewe Hock mendapat 357 mata sebagai finalis yang kalah pada Terbuka Malaysia pada Jun, beliau tewas kepada rakan senegara James Chua, dan sebanyak 336 mata lagi bagi kemunculannya di separuh akhir di Terbuka Korea pada Mac.

RANGKING DUNIA:

Perseorangan lelaki:

1. Chen Hong (CHN), 2. Bao Chunlai (CHN), 3. Ong Ewe Hock (MAS), 4. Anders Boesen (DEN), 5. Xia Xuanze (CHN), 6. Wong Choong Hann (MAS), 7. Bjoern Joppien (GER), 8. Shon Seung-mo (KOR), 9. Lin Dan (CHN), 10. Peter Rasmussen (DEN).

Pemain Malaysia lain:15. Sairul Amar Ayob, 16. James Chua, 20. Roslin Hashim, 24. Lee Tsuen Seng, 35. Hafiz Hashim, 53. Ramesh Nathan, 72. Ismail Saman, 80. Yong Hock Kin, 84. Yeoh Kay Bin.

Beregu lelaki:

1. Ha Tae-kwon/Kim Dong-moon (KOR), 2. Jens Eriksen/Martin Lundgaard Hansen (DEN), 3. Lee Dong-soo/Yoo Yong-sung (KOR), 4. Lars Paaske/Jonas Rasmussen (DEN), 5. Flandi Limpele/Eng Hian (ENG).

Beregu Malaysia: 6. Chan Chong Ming/Chew Choon Eng, 27. Choong Tan Fook/Lee Wan Wah, 38. Jeremy Gan/Ng Kean Kok, 48. Choong Tan Fook/ Chang Kim Wai, 67. Gan Taik Chai/ Fairu zizuan Tazari, 74. Chang Kim Wai/Hong Chien Hun, 77. Zakry Latif/ Fairuzizuan Tazari, 96. Koo Kien Keat/Ong Soon Hock.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1116&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm#ixzz4cOzzgpWb
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan