Ahad, 19 Mac 2017

Muhd. Hafiz muncul juara

ARKIB : 10/12/2001
PEMAIN Nusa Mahsuri, Muhd. Hafiz Hashim muncul juara perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Satelit Luster Malaysia selepas menundukkan rakan senegara, Alvin Chew dalam perlawanan akhir di Sungai Petani, Kedah semalam.

Hafiz, pilihan kedua dipaksa berkerja-keras sebelum mencatat kemenangan lima set 7-2, 7-3, 6-8, 4-7, 7-6.

Terdahulu, Hafiz mengetepikan seorang Allan Tai 7-2, 7-2, 8-6 pada perlawanan separuh akhir, Alvin pula menang 3-7, 1-7, 7-3, 7-3, 7-0 ke atas Lee Chong Wei dalam satu lagi separuh akhir.

Sementara itu pasangan muda negara, Jeremy Gan-Ng Kean Kok merangkul gelaran pertama musim ini dengan mengalahkan beregu Chan Chong Ming-Hong Chiang Mun 7-4, 4-7, 7-3, 7-1.

Gelaran perseorangan wanita menjadi milik pemain Singapura, Liu Fan yang menewaskan pemain negara Woon Sze Mei 7-0, 7-4, 6-8, 7-4.

China membawa pulang gelaran beregu wanita menerusi gandingan Cheng Jiao-Li Yujlia yang mengalahkan pasangan negara, Chin Ee Hui-Wong Pei Tty 7-5, 8-6, 7-3.

Pemain China turut menguasai cabaran beregu campuran menerusi Chen Jibin-Cheng Jiao yang mengalahkan P. Sudket-W. Kunchala 7-5, 7-0, 8-6.

KEPUTUSAN (Akhir)

LELAKI, perseorangan - MUHD. HAFIZ HASHIM (MAS) kln ALVIN CHEW (MAS) 7-2, 7-3, 6-8, 4-7, 7-6

Beregu - JEREMY GAN-NG KEAN KOK (MAS) kln CHAN CHONG MING-HONG CHIANG MUN (MAS) 7-4, 4-7, 7-3, 7-1

WANITA, perseorangan - Liu Fan (SIN) kln WOON SZE MEI (MAS) 7-0, 7-4, 6-8, 7-4

Beregu - Cheng Jiao-Li Yujlia (CHN) kln CHIN EE HUI-WONG PEI TTY (MAS) 7-5, 8-6, 7-3

Campuran- Chen Jibin-Cheng Jiao (CHN) kln P. Sudket-W. Kunchala (THA) 7-5, 7-0, 8-6.



sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1210&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_10.htm#ixzz4bpx5xWWT

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan