Selasa, 28 Mac 2017

Suku akhir badminton Seluruh England - 4 pemain mara

ARKIB : 15/02/2003
EMPAT pemain perseorangan dan satu beregu dari Malaysia yang tidak langsung diletakkan sebagai pemain pilihan meneruskan cabaran ke peringkat suku akhir acara perseorangan lelaki Seluruh England selepas menewaskan lawan masing-masing di pusingan ketiga, semalam.

Malah satu tempat ke separuh akhir sudah pun sah menjadi milik Malaysia apabila dua pemain negara, Muhammad Hafiz Hashim dan Yong Hock Kin bakal bertemu sesama sendiri.

Terdahulu di pusingan ketiga, Hafiz menewaskan pilihan keenam dari Denmark, Anders Boesen 15-9, 17-14 manakala Hock Kin menewaskan pemain Jepun, Hidetaka Yamada 15-4, 15-1.

Paling mengejutkan ialah kejayaan pemain muda negara, Lee Tsuen Seng, 22, yang menewaskan pemain berpengalaman dari Indonesia, Marleve Mainaky 15-12, 8-15, 17-16 dalam satu perlawanan yang cukup mendebarkan.

Tsuen Seng bagaimanapun sekali lagi bakal berdepan ujian getir apabila akan bertemu pemain pilihan pertama, Chen Hong di suku akhir nanti.

Seorang lagi pemain negara yang turut beraksi di suku akhir ialah Muhammad Roslin Hashim yang menang ke atas pemain pilihan ke-16 dari Korea, Shong Seung Mo 15-10, 15-1.

Bekas pemain nombor satu dunia itu akan bertemu pemain pilihan keempat kejohanan, Kenneth Jonassen dari Denmark di suku akhir.

Malaysia juga turut mempunyai satu wakil dalam acara beregu lelaki apabila pasangan Chong Tan Fook/Lee Wan Wah mencatat kemenangan di pusingan ketiga semalam.

Beregu kedua negara itu menewaskan beregu pilihan kelapan dari Indonesia, Halim Haryanto/Trikus Haryanto 15-4, 15-7.

KEPUTUSAN
PUSINGAN KETIGA
Perseorangan lelaki

Chen Hong (Chn) kln Bao Chunlai (Chn) 15-11, 15-10; LEE TSUEN SENG (MAS) kln Marleve Mainaky (Ina) 15-12, 8-15, 17-16; Kenneth Jonassen (Den) kln Niels Christian Kaldau (Den) 15-11, 15-4; MUHAMMAD ROSLIN HASHIM (MAS) kln Shon Seung-Mo (Kor) 15-10, 15-1; Chen Yu (Chn) kln Aamir Ghaffar (Eng) 15-7, 15-7; Xia Xuanze (Chn) kln Lee Hyun-Il (Kor) 17-15, 10-15, 15-13; MUHAMMAD HAFIZ HASHIM (MAS) kln Anders Boesen (Den) 15-9, 17-14; YONG HOCK KIN (MAS) kln Hidetaka Yamada (Jpn) 15-4, 15-1.

Beregu lelaki

Jen Eriksen/Martin Lundgaard Hansen (Den) kln Keita Masuda/Tadashi Ohtsuka (Jpn) 15-3, 15-3; CHONG TAN FOOK/LEE WAN WAH (MAS) kln Halim Haryanto/Trikus Haryanto (Ina) 15-4, 15-7; Lee Dong Soo/Yoo Yong Sung (Kor) kln Han San Hoon/Lee Jae Jin (Kor) 15-2, 17-14; Eng Hian/Flandy Limpele (Ina) kln Jim Laugesen/Michael Soogard (Den) 15-5, 15-4; Sigit Budiarto/Indra Wijaya (Ina) kln Anthony Clark/Nathan Robertson (Eng) 15-8, 2-15, 15-1; Sang Yang/Zheng Bo (Chn) kln Lars Paaske/Jonas Rasmussen (Den) 15-9, 17-14; Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto (Ina) kln Tony Gunawan/Bob Malaythong (AS) 15-10, 17-14; Kim Yong Hyun/Yim Bang Eun (Kor) kln Ergenij Isakor/Andrej Zholobor (Rus) 15-3, 15-3.
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0215&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cc3Rz8lh

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan