Selasa, 21 Mac 2017

Ismail, Hafiz ke pusingan kedua



ARKIB : 07/03/2002
BIRMINGHAM, England - Dua pemain negara, Ismail Saman dan Muhammad Hafiz Hashim melangkah ke pusingan kedua perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Seluruh England selepas menumpaskan lawan masing-masing pada pusingan pertama di sini, semalam.

Ismail mengetepikan pemain Denmark yang juga bekas juara 1997, Peter Rasmussen dengan kemenangan mudah 5-7, 7-1, 7-0, 7-4.

Manakala Muhammad Hafiz mengatasi pemain Kanada, Bobby Milroy dengan 7-2, 7-3, 7-1.

Begitupun, seorang lagi pemain negara, Saimul Amar Ayob yang diletakkan sebagai pilihan ke-14, gagal melepasi pusingan pertama apabila tewas kepada pemain India, Abhinn Shyam Gupta 7-5, 7-2, 7-0.

Pilihan ketiga, Pullela Gopichand dari India turut tidak menghadapi masalah mara ke pusingan kedua dengan mengetepikan pemain tuan rumah, Mark Burgess 7-3, 7-0, 7-4.

Pemain Indonesia, Marleve Mainaky yang diletakkan sebagai pilihan keenam, mengatasi pemain Denmark, Michael Christensen 7-3, 7-3, 7-3.

Sementara itu bekas juara dunia, Hendrawan dari Indonesia menarik diri dari semalam selepas diserang virus, menurut Persatuan Badminton England.

Penarikan diri pemain pilihan kelapan kejohanan ini mengekori tindakan sama yang dilakukan oleh naib juara dunia dan juara Seluruh England 1999, Peter Gade Christensen dari Denmark (pilihan ke-16) kerana kecederaan pada lututnya.

Tetapi perlawanan yang paling menarik ialah dalam peringkat kelayakan berpasangan wanita apabila juara dunia perseorangan dan pilihan ketiga, Gong Ruina berpasangan dengan pilihan kedua, Zhang Ning sementara pilihan utama, Zhou Mi berpasangan dengan naib juara 1999 dan pilihan ketujuh, Dai Yun.

Keempat-empat boleh menang dalam perlawanan perseorangan tetapi tanpa ranking dalam perlawanan beregu mereka perlu memasuki perlawanan kelayakan.

Gong dan Zhang kalah dalam perlawanan lima set berkumpulan akhir kepada Dai Yun dan Zhou Mi yang layak ke pusingan pertama. - AP

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm#ixzz4bxa3EBia© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan