Ahad, 19 Mac 2017

Sairul Amar buat kejutan

ARKIB : 19/10/2001
PEMAIN muda negara, Sairul Amar Ayub mencipta kejutan terbesar pada Kejohanan Badminton Terbuka Denmark selepas menundukkan pilihan utama, Chen Hong dari China untuk mara ke pusingan keempat di Copenhagen, semalam.

Sairul yang melangkah ke suku akhir pada Terbuka Belanda minggu lalu memerlukan 46 minit untuk menyingkirkan pemain nombor dua dunia itu 7-1, 8-6, 2-7, 8-6.

Turut meneruskan cabaran adalah pemain veteran, Ong Ewe Hock yang mengetepikan Richard Vaughan dari Wales 7-4, 7-4, 7-1.

Begitu pun, perseorangan utama negara, Roslin Hashim, juara baru Terbuka Belanda, Lee Tsuen Seng serta Ramesh Nathan gagal meneruskan cabaran.

Juara Terbuka Switzerland, Jepun dan Sukan SEA XXI, Roslin tewas 7-4, 7-3, 7-0 kepada pemain China, Chen Yu, Tsuen Seng pula terpaksa akur 3-7, 5-7, 7-2, 5-7 kepada juara Seluruh England, Pulella Gopichand, sementara Ramesh Nathan tewas 1-7, 5-7, 8-6, 0-7 kepada pemain China, Lin Dan.

Beregu tunggal pada Terbuka Denmark, Chan Chon Ming-Chew Choon Eng melangkah ke pusingan kedua selepas menundukkan pasangan Perancis, Vincent Laigle-Svetoslav Stojanov 7-3 0-7 7-5 7-5.
SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1019&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4bltUiOAw

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan