Jumaat, 24 Mac 2017

Chong Hann turut mara



ARKIB : 24/08/2002

WONG Choong Hann ketika menentang pemain China, Bao Chunlai pada perlawanan suku akhir Badminton Terbuka Singapura, semalam. Choong Hann menang 15-13, 15-5. - Gambar AFP.

PEMENANG pingat gangsa Sukan Komanwel Manchester, Wong Choong Hann dan pasangan Choong Tan Fook-Chang Kim Wai meneruskan cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Singapura di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

Choong Hann yang hanya seminggu menduduki ranking No. 1 dunia kini memburu kejuaraan pertamanya pada kejohanan bernilai AS$170,000 (RM646,000).

Pemain kelahiran Kuala Lumpur yang kali terakhir muncul juara perseorangan Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur mara setelah menang straight-set 15-13, 15-5.

Dia akan bertemu pemain Singapura kelahiran Indonesia, Ronald Susilo yang mara setelah menewaskan Shon Seung Mo dari Korea Selatan 10-15, 15-9, 15-2 untuk merebut tempat ke perlawanan akhir.

Gandingan baru Tan Fook-Kim Wai pula menumpaskan pasangan veteran Thailand, Pramote Teerawiwatana-Tesana Panvisvas 13-15, 15-13, 15-3 untuk bertemu beregu Korea Selatan, Ha Tae Kwon-Kim Dong Moon.

Bagaimanapun pemain veteran, Ong Ewe Hock terkandas apabila tewas kepada Xia Xuanze dari China 15-12, 7-15, 12-15.

Juara Terbuka Malaysia 2002, James Chua yang diberi peluang beraksi pada Sukan Asia Busan bulan depan turut kecundang di tangan seorang lagi pemain China, Chen Hong 7-15, 15-6, 15-12.

KEPUTUSAN (Suku akhir)

Perseorangan lelaki: Ronald Susilo (Sin) kln Shon Seung Mo (Kor) 12-15, 15-12, 15-1; WONG CHOONG HANN (MAS) kln Bao Chunlai (Chn) 15-13, 15-5; Xia Xuanze (Chn) kln ONG EWE HOCK (MAS) 12-15, 15-7, 15-12; Chen Hong (Chn) kln JAMES CHUA (MAS) 7-15, 15-6, 15-12.

Beregu lelaki: CHOONG TAN FOOK-CHANG KIM WAI (MAS) kln Pramote Teerawiwatana-Tesana Panvisvas (Tha) 13-15, 15-13, 15-3; Ha Tae Kwon-Kim Dong Moon (Kor) kln Tony Gunawan Bob Khan Malaythong

Perseorangan wanita: Xie Xingfeng (Chn) kln Dai Yun (Chn) 11-3, 11-9; Zhang Ning (Chn) kln Hu Ting (Chn) 11-2, 11-1; Gong Ruina (Chn) kln Wang Chen (HK) 11-6, 11-4; Zhou Mi (Chn) kln Mia Audina Tjipta (Ned) 11-9, 11-9.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0824&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cGC373Dw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan