Jumaat, 24 Mac 2017

Hafiz mangsa Terbuka Singapura



ARKIB : 22/08/2002
CABARAN juara baru Sukan Komanwel, Muhammad Hafiz Hashim pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura berakhir lebih awal apabila tunduk kepada juara dunia, Hendrawan pada pusingan pertama di Stadium Tertutup Singapura, semalam.

Hafiz, 20, yang memburu gelaran antarabangsa kedua selepas mencipta kejutan di Manchester, bulan lalu tunduk 5-15, 15-9, 15-11 kepada pemain veteran Indonesia itu.

Bagaimanapun cabaran pemain perseorangan lelaki Malaysia pada kejohanan bernilai AS$170,000 (RM646,000) itu diteruskan oleh empat lagi pemain diketuai dua pemain veteran, Ong Ewe Hock dan Mohd. Roslin Hashim.

Ewe Hock, 30, pilihan kesembilan yang digugurkan pada Sukan Komanwel dan Asia bulan depan melepasi halangan awal, menumpaskan rakan senegara, Pei Wei Chung 15-9, 15-2.

Roslin yang bergelut dengan masalah prestasi dan jatuh ke ranking 38 dunia menyingkirkan Rasmus Wengberg dari Sweden 15-13, 9-15, 15-1.

Turut meneruskan cabaran pemain sedang meningkat dan juara Terbuka Malaysia, James Chua yang menyingkirkan Nicholas Kidd dari England 15-3, 15-6.

Ismail Saman turut melepasi pusingan pertama, mengalahkan Gerben Bruijstens dari Belanda 15-10, 15-6, bagaimanapun pemain muda negara, Sairul Amar Ayub terkeluar daripada saingan selepas tunduk 7-15, 15-13, 15-12 kepada Taufik Hidayat.

Turut tersingkir pemain skuad pelapis negara, Yeoh Kay Bin yang tumpas 15-8, 15-9 kepada Bjorn Joppien dari Jerman, manakala Kuan Beng Hong kalah 15-4, 15-6 kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia.

KEPUTUSAN:

LELAKI, perseorangan (pusingan pertama):

Xia Xuanze (Chn) kln Hendra Wijaya (Sin) 17-14, 15-12; Kasper Oedum (Den) kln Taufiq Hidayat (Ina) 15-12, 15-6; Agus Hariyanto (Ina) kln ONG HUCK LEE (MAS) 15-9, 15-1; MOHD. ROSLIN HASHIM (MAS) kln Rasmus Wengberg (Swe) 15-13, 9-15, 15-1; Marleve Mainaky (Ina) kln Bobby Milroy (Can) 15-11, 15-6; Kaita Masuda (Jpn) kln Jang Young Soo (Kor) 15-4, 15-6; ONG EWE HOCK (MAS) kln PEI WEI CHUNG (MAS) 15-9, 15-2; Wu Yunyong (Chn) kln Abhinn Shyam Gupta (Ind) 15-2, 15-10; Bjorn Joppien (Ger) kln YEOH KAY BIN (MAS) 15-8, 15-9; Chen Hong (Chn) kln Rony Agustinus (Ina) 15-9, 15-4; Boonsak Polsana (Tha) kln Mawardi Wiempie (Ina) 15-1, 11-15, 15-10; ISMAIL SAMAN (MAS) kln Gerben Bruijstens (Ned) 15-10, 15-6; Nikhil Kanetkar (Ind) kln Kenneth Jonassen (Den) 4-15, 15-10, 15-13; Sony Dwi Kuncoro (Ina) kln KUAN BENG HONG (MAS) 15-4, 15-6; JAMES CHUA (MAS) kln Nicholas Kidd (Eng) 15-3, 15-6; Indra Wijaya (Sin) kln Yousuke Nakanishi (Jpn) 15-4, 15-10; Anders Boesen (Den) kln Daniel Eriksson (Swe) 15-1, 15-3; Taufik Hidayat (Ina) kln SAIRUL AMAR AYOB (MAS) 7-15, 15-13, 15-12; Ardiansyah (Ina) kln Shoji Sato (Jpn) 15-9, 15-11; Shon Seung Mo (Kor) kln Anupap Thiraratsakul (Tha) 15-8, 15-2; Ronald Susilo (Sin) kln Sasaki Sho (Jpn) 17-14, 15-5; Hendrawan (Ina) kln MUHD. HAFIZ HASHIM (MAS) 5-15, 15-9, 15-11; Ng Wei (Hkg) kln Andrew Smith (Eng) 15-8, 15-5; Pullela Gopichand (Ind) kln Lin Dan (Chn) 15-4, 15-2; Chetan Anand (Ind) kln Yohan Wiratama (Hkg) 17-15, 15-13; Fung Permadi (Tpe) kln Hosemari Fujimoto (Jpn) 15-5, 15-12; Bao Chunlai (Chn) kln Aamir Ghaffar (Eng) 15-10, 15-11

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4cG6lYNb1
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan