Khamis, 23 Mac 2017

Yakin menang



ARKIB : 19/05/2002
Datuk Mohd. Nadzmi Salleh (presiden BAM): ``Sasaran kita sebenarnya telah tercapai sebaik melangkah ke separuh akhir. Melangkah ke akhir adalah bonus dan jika kita menang ia merupakan bonus berganda.''

Peter Yeow (pengurus pasukan): ``Saya percaya, Malaysia mempunyai peluang membawa pulang Piala Thomas jika mampu mengulangi kecemerlangan ketika menumpaskan China. Saya sentiasa percaya... Malaysia Boleh!.''

Indra Gunawan (jurulatih): ``Tidak mustahil Malaysia boleh membawa pulang Piala Thomas, tetapi dengan syarat pemain tidak memberi tekanan kepada diri sendiri.

``Di atas kertas, rekod lebih berpihak kepada Indonesia, namun saya tahu pasukan itu amat bimbang bertemu kita dan tekanan ke atas mereka lebih tinggi.''

Park Joo-bong (jurulatih): ``Peluang kita untuk menang...45-55. Indonesia jelas pasukan yang lebih baik daripada kita dan beregu mereka sangat mantap. Saya harap kita dapat mencuri satu mata daripada beregu kedua, jika ia berlaku peluang kita lebih cerah.''

Ong Ewe Hock (ketua pasukan): ``Prinsip saya...berjuang hingga ke titisan terakhir. Saya tahu kita ada peluang untuk menang jika berjaya menunjukkan permainan terbaik, tetapi jika tumpas selepas berjuang, ia juga satu kemenangan buat Malaysia.'' - Utusan

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0519&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4cAKwCaoY
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan