Sabtu, 25 Mac 2017

Hanya Hafiz teruskan kemaraan



ARKIB : 15/11/2002
JUARA Sukan Komanwel 2002, Muhammad Hafiz Hashim menjadi pemain tunggal negara meneruskan saingan acara perseorangan lelaki pada kejohanan Badminton Asia (ABC) di Bangkok, semalam.

Dua lagi pemain negara, Ismail Saman, Kuan Beng Hong dan Lim Chong Wei terkandas pada pusingan ketiga semalam.

Hafiz berjaya menghalang pemain Singapura Kendrik Lee Yen Hui 15-3, 15-5 pada pusingan kedua yang diadakan pada sebelah pagi sebelum menamatkan cabaran pemain Indonesia, Ronny Agustinus 17-16, 15-11 pada pusingan berikutnya.

Pada pusingan keempat hari ini, Hafiz dijadual bertemu Xia Xuanze selepas pemain dari China itu menewaskan Shinya Ohtsuka dari Jepun 15-3, 15-9, 17-6.

Ismail tewas kepada juara Sukan Asia, Taufik Hidayat 15-9, 15-3 pada pusingan ketiga semalam. Ismail sebelum itu menewaskan pemain Jepun, Keita Matsuda 15-7, 15-2.

Chong Wei pula terkandas apabila tewas mudah kepada pemain China, Chen Hong 13-15, 15-3, 15-6.

Seorang lagi pemain negara, Beng Hong pula tewas mudah kepada pemain Indonesia, Budi Santoso 15-0, 15-1.

Dalam bahagian beregu, pasangan Jeremy Gan/Gan Teik Chai gagal ke pusingan ketiga selepas tewas kepada pasangan Indonesia, Bambang Supriato/ Luluk Hadiyanto 15-17, 15-3, 15-5.

Manakala beregu kedua negara, Lim Woon Fui/ Hong Ching Hun juga kecundang pada pusingan kedua kepada pasangan Korea Selatan, Lee Dong Soo/Yoo Yong Sung 13-15, 15-16, 15-8.

SUMBER-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4cOtzjyY7
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan