Ahad, 19 Mac 2017

Pemain Bukit Jalil terus mara

ARKIB : 26/10/2001
SEMUA pemain di bawah projek Sekolah Sukan Bukit Jalil (BJSS) meneruskan kemaraan pada hari pertama Kejohanan Badminton Proton-EON Terbuka Kelantan 2001 di Kota Bharu, semalam.

Keputusan itu melegakan jurulatih skuad remaja kebangsaan, Yap Kim Hock yang kini sedang menyiapkan pasukan ke kejohanan Remaja Dunia, tahun depan.

Katanya, prestasi pemain remaja negara semakin meningkat selepas menyertai dua kejohanan tempatan _ Terbuka Kedah dan Terbuka Melaka yang menyaksikan sebahagian besar pemain layak ke peringkat akhir.

``Kejohanan ini merupakan pendedahan terbaik kepada mereka memandangkan tidak banyak kejohanan antarabangsa untuk peringkat remaja,'' katanya di Kota Bharu, semalam.

Bekas pakar beregu negara itu berkata, pemain di bawah projek BJSS pada asasnya telah bersedia dari aspek mental, fizikal dan menyusun strategi setiap kali berdepan lawan.

Sementara itu, juara Terbuka Belanda, Lee Tsuen Seng yang juga pilihan pertama akan memulakan cabaran menentang Chong Chi How (Kelantan) di gelanggang yang sama.

KEPUTUSAN

LELAKI perseorangan (Divisyen Dua) pusingan pertama - Lim Chen Wet (BJSS/MK) kln Mohd. Faris Fakri (KN) 5-7, 7-1, 8-6, 7-3; Sit Wan Keat (PH) kln Raymond Steven 7-1, 7-5, 5-7, 7-5; Seed Mun Kid (BJSS/Pek) kln Nik Azlishah Nik Ahmad 7-3, 3-7, 7-1, 1-7, 8-6; Mohd. Razif (BPSS/NS) kln Cheong Kah Hooi (Pek) 7-1, 7-1, 7-0; Hoon Thian How (BPSS/KL) kln Svenson John Doss 7-5, 7-4, 8-7; Ismanti Osman (Pek) kln Timmy Foo (Sab) 7-2, 7-3, 7-2; Koo Kean Keat (BJSS) kln Helmi Jakarullah (Sab) 7-1, 7-1, 7-2; Nik Azian Nik Abdullah kln Ang Pun Heng (BPSS/PK) 6-8, 7-6, 7-5, 7-5; Ong Soon Hock (BJSS/SL) kln Ahmad Zamzali (Kel) 7-1, 7-1, 7-1; Lai Kar Shek (Pek) kln Mohd. Hafiz Shahrauddin (BPSS/SL) 7-1, 7-4, 8-6; Jack Koh (BJSS/JH) kln V. Dasaratharaj (KL) 7-5, 4-7, 7-4, 7-0; Lim Chin Loon (PP) kln Syed Hafiz Syed Mohsin 8-6, 7-2, 7-3; Zulfari Abdullah (Pah) kln Law Yiew Thien (KL) 8-6, 7-1, 7-2.

WANITA perseorangan (Divisyen Dua) pusingan pertama - K. Surina (Sel) kln Yee Qui Hsiang (BPSS/MK) 7-2, 7-2, 7-2; Ooi Chin Eee (PP) kln Julia Wong (BPSS/MK) 7-5, 7-1, 7-2; Diana Wong (Sab) kln Norlizawati Saidi (Pah) 7-3, 8-6, 1-7, 7-1; Mooi Hing Yau (BPSS/PK) kln Yee Lin Yin (Pah) 7-1, 7-5, 7-0.




Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1026&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4bmU32t4T © Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan