Selasa, 28 Mac 2017

Hafiz catat sejarah tersendiri

ARKIB : 16/02/2003
PEMAIN perseorangan muda negara, Muhammad Hafiz Hashim mencipta sejarah tersendiri apabila layak ke perlawanan akhir Seluruh England di National Indoor Arena, Birmingham, semalam.

Lebih manis kejayaan itu mengulangi pencapaiannya jurulatihnya ketika ini, Misbun Sidek yang pernah melakukannya pada 1986.

Kemenangan ke atas pemain China, Chen Yu 15-11, 15-12 di separuh akhir itu menjadikannya pemain pertama Malaysia berjaya sampai ke tahap itu selepas 17 tahun.

Jika menang dalam perlawanan akhir hari ini, Hafiz sekali lagi bakal mencatat sejarah dengan menjadi pemain pertama negara di alaf baru ini muncul juara kejohanan badminton tertua di dunia itu.

Kali terakhir pemain Malaysia muncul juara Seluruh England ialah pada tahun 1982, itu pun menerusi pasangan Razif-Jailani Sidek dalam acara beregu.

Roslin pula bertarung dengan pemain pilihan pertama dari China, Chen Hong untuk mengisi satu lagi tempat ke perlawanan akhir.

Jika Roslin berjaya satu lagi sejarah bakal tercipta apabila buat kali pertama dua pemain Malaysia bertemu sesama sendiri dalam perlawanan akhir Seluruh England.

Terdahulu di peringkat separuh akhir, Roslin menewaskan pemain pilihan keempat kejohanan, Kenneth Jonassen dari Denmark dengan straight set 15-4, 15-13 manakala juara Sukan Komanwel, Hafiz menundukkan rakan senegara, Yong Hock Kin 15-6, 15-10.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR

Perseorangan lelaki:

MUHAMMAD HAFIZ HASHIM (MAS) kln Chen Yu (CHN) 15-11, 15-12;

SUKU AKHIR

Perseorangan lelaki:

Chen Hong (CHN) kln LEE TSUEN SENG (MAS) 15-4, 16-17, 15-11; MUHAMMAD ROSLIN HASHIM (MAS) kln Kenneth Jonassen (DEN) 15-4, 15-13; Chen Yu (CHN) kln Xia Xuanze (CHN) 4-15, 15-10, 15-11; MUHAMMAD HAFIZ HASHIM (MAS) kln YONG HOCK KIN (MAS) 15-6, 15-10.

Beregu lelaki:

Jens Eriksen/Martin Lundgaard Hansen (Den x1) kln CHOONG TAN FOOK/LEE WAN WAH (MAS) 15-10, 15-8; Lee Dong-Soo/Yoo Yong-Sung (Kor x3) kln Eng Hian/Flandy Limpele (Eng x7) 15-6, 15-9; Sigit Budiarto/Candra Wijaya (Ina) kln Sang Yang/Zheng Bo (Chi) 15-7, 15-9; Kim Yong-Hyun/Yim Bang-Eun (Kor) kln Luluk Hadiyanto/Alvent Yulianto (Ina) 15-13, 15-12.



sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4cc47kjIu

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan