Khamis, 23 Mac 2017

Tiga pemain negara turun ranking



ARKIB : 21/04/2002
TIGA pemain skuad Piala Thomas negara, Mohd. Roslin Hashim, Muhammad Hafiz Hashim dan Lee Tsuen Seng masing-masing mengalami kejatuhan dalam ranking terbaru Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF), semalam.

Kemerosotan prestasi yang dipamerkan Roslin akhir-akhir ini menyebabkan bekas pemain nombor satu dunia itu jatuh empat anak tangga daripada kedudukan ke-25 ke ranking 29 dunia.

Bagaimanapun Roslin, 27, yang gagal mempertahankan gelaran Terbuka Switzerland dan Jepun sudah mengesahkan tempatnya ke Guangzhou, sekali pun sekadar berada pada kedudukan keenam perseorangan kebangsaan.

Hafiz, 19, yang bakal membuat penampilan sulung Piala Thomas pada 9-19 Mei ini jatuh satu anak tangga daripada kedudukan kesembilan minggu lalu, begitu juga Tsuen Seng yang jatuh ke tangga ke-13 daripada tempat ke-12.

Wong Choong Hann kekal sebagai pemain nombor satu negara selepas tidak berganjak daripada kedudukan kelima dunia, di belakang empat pemain China, Xia Xuanze, Bao Chunlai, Lin Dan serta Chen Hong.

Pemain veteran, Ong Ewe Hock pula kekal pada ranking kelapan, manakala Sairol Amar Ayob yang gagal mendapat tempat dalam skuad ke China jatuh lima anak tangga ke kedudukan ke-27.

Juara baru Terbuka Jepun, Chan Chong Ming-Chew Choong Eng mengekalkan kedudukan sebagai beregu nombor satu dunia dan pasangan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah di ranking ke-14, jatuh satu anak tangga.

Pasangan muda negara, Chang Kim Wai-Hong Chien Hun turut mengalami kejatuhan satu anak tangga ke kedudukan ke-22.

RANKING TERBARU IBF:

Perseorangan:

1. Xia Xuanze (CHN), 2. Bao Chunlai (CHN), 3. Lin Dan (CHN), 4. Chen Hong (CHN), 5. WONG CHOONG HANN (MAS), 6. Lee Hyun-il (KOR), 7. Marleve Mainaky (INA), 8. ONG EWE HOCK (MAS), 9. Kenneth Jonassen (DEN), 10. MUHAMMAD HAFIZ HASHIM (MAS).

Pemain Malaysia yang lain:

13. LEE TSUEN SENG, 27. SAIRUL AMAR AYOB, 29. ROSLIN HASHIM, 39. JAMES CHUA, 58. ISMAIL SAMAN, 62. RAMESH NATHAN, 79. LEE CHONG WEI.

Beregu: 1. CHAN CHONG MING-CHEW CHOON ENG (MAS), 2. Lee Dong-soo-Yoo Yong-sung (KOR), 3. Zhang Wei- Zhang Jun (CHN), 4. Candra Wijaya-Sigit Budiarto (INA), 5. Pramote Teerawiwatana-Tesana Panvisvas (THA), 6. Ha Tae-kwon-Kim Dong-moon (KOR), 7. Jens Eriksen-Martin Lundgaard Hansen (DEN), 8. Nathan Robertson-Anthony Clark (ENG), 9. Michal Logosz-Robert Mateusiak (POL), 10. Cheng Rui-Wang Wei (CHN).

Beregu Malaysia yang lain: 14. CHOONG TAN FOOK/LEE WAN WAH, 22. CHANG KIM WAI/HONG CHIEN HUN, 23. JEREMY GAN-NG KEAN KOK, 72. GAN TAIK CHAI-FAIRUZIZUAN TAZARI.

Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0421&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm#ixzz4c8i1nwJv© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan