Rabu, 22 Mac 2017

Gandingan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng kini menduduki nombor satu dunia.


 

ARKIB : 12/04/2002
Gandingan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng kini menduduki nombor satu dunia.

Oleh SRY ANGRENI MohD. ZET
KEJAYAAN menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Jepun membolehkan gandingan Chan Chong Ming-Chew Choon Eng buat julung kalinya menjadi beregu nombor satu dunia berdasarkan ranking Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF) yang dikeluarkan semalam.

Pasangan muda negara yang sebelum ini dibayangi kehebatan beregu berpengalaman, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah merampas kedudukan pemain Indonesia Candra Wijaya-Sigit Budiarto yang kini tergelincir ke tangga keempat.

Mereka yang digandingkan pada Julai 2000 berikutan keputusan jurulatih, Park Joo-bong melakukan rombakan ke atas pemain beregu merangkul kejuaraan pertama di Jepun telah menerima kemenangan percuma berikutan kecederaan Wan Wah di separuh akhir.

Pasangan veteran Tan Fook-Wan Wah yang terpaksa berpuas hati sebagai naib juara kejohanan lima bintang itu turut memperbaiki kedudukan dari tangga ke-34 ke kedudukan 13 dan kini menempatkan diri sebagai beregu kedua negara.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Lee Dong Soo-Yoo Yong Sung yang tewas kepada Tan Fook-Wan Wah di separuh akhir meningkat satu tangga ke kedudukan kedua dunia sementara Zhang Wei-Zhang Jun dari China di tangga ketiga.

Sementara itu, empat pemain China menduduki tempat teratas kategori perseorangan lelaki yang diketuai oleh Xia Xuanze yang mengekalkan kedudukan itu.

Pemain negara, Wong Choong Hann pula berjaya merampas semula kedudukan sebagai pemain nombor satu negara daripada Ong Ewe Hock setelah naik dua tangga di kedudukan kelima dunia mengatasi Ong Ewe Hock yang tergelincir ke tangga kela-pan.

Muhammad Hafiz Hashim pula memperkukuhkan peluang terpilih untuk menyertai skuad Piala Thomas negara ke Guangzhou apabila menduduki ranking kesembilan dunia.

Dia yang menjadi pemain tunggal mara ke suku akhir Terbuka Jepun kini bergelar pemain ketiga negara.

Hafiz kini mengatasi Lee Tsuen Seng yang menduduki ranking ke-12 dan abangnya, Roslin Hashim yang berada di kedudukan ke-25 dunia setelah gagal mempertahankan kejuaraan.

RANKING TERBARU PEMAIN NEGARA

Lelaki Perseorangan:

5. Wong Choong Hann

8. Ong Ewe Hock

9. Muhd. Hafiz Hashim

12. Lee Tsuen Seng

22. Sairul Amar Ayob

25. Roslin Hashim

35. James Chua

57. Ismail Saman

60. Ramesh Nathan

Beregu:

1. Chew Choon Eng/Chan Chong Ming

13. Choong Tan Fook/Lee Wan Wah

21. Chang Kim Wai/Hong Chien Hun

23. Jeremy Gan/Ng Kean Kok
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0412&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz4c4bLJWKA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan