Khamis, 30 Mac 2017

Roslin mara, Hafiz terkandas



ARKIB : 03/04/2003
TOKYO - Juara Seluruh England, Muhammad Hafiz Hashim terkandas pada pusingan kedua kejohanan Badminton Terbuka Jepun apabila tewas kepada pemain China, Chen Yu di sini semalam.

Hafiz memenangi set pertama tetapi kehilangan punca pada set kedua dengan ketinggalan 0-7 dan 3-7 pada set ketiga dan gagal mengejar lawannya, pilihan ke-11 dari China yang menang dengan 9-15, 15-7, 15-8.

Namun abangnya, yang juga juara Terbuka Jepun 2001, Roslin Hashim menerima nasib berbeza apabila bangkit daripada ketinggalan satu set dengan menewaskan Bjoern Joppien dari Jerman 14-17, 15-4, 15-7 dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

``Saya mengubah permainan dengan corak menyerang. Sebab itu lawan saya terpaksa menanti setiap pukulan. Saya sepatutnya bermain dengan hantaran-hantaran di sudut belakang dan memaksanya melakukan kesilapan,'' kata Roslin, yang akan bertemu Chen Hong dari China pada pusingan berikutnya.

Chen Hong dan rakan senegaranya dari China, Xia Xuanze, bekas juara Seluruh England dan diletakkan sebagai dua pilihan utama, masing-masing memulakan kempen dengan cemerlang dan mendapat bye pada pusingan pertama.

Chen menewaskan pemain Jepun, Sho Sasaki 15-2, 15-2 sementara Xia menumbangkan Nabil Lasmari dari Perancis 15-5, 15-2.

Juara Terbuka Jepun sebanyak dua kali, Peter Gade Christiansen dari Denmark, yang terpaksa bekerja keras sebelum mengetepikan Dicky Palyama dari Belanda dalam perlawanan awal, meneruskan kemaraan dengan mengenepikan Ronald Susilo dari Singapura 15-12, 15-5.

``Biasanya inilah permainan saya (melakukan smash) tetapi saya menghadapi kesukaran dalam perlawanan awal untuk menemui rentak permainan. Kini, keadaan bertambah baik,'' kata pemain dari Denmark itu, yang terpaksa mengambil masa 95 minit dan tiga set sebelum menewaskan Palyama.

Dia akan bertemu pemain Korea, Lee Hyun-Il pada perlawanan berikutnya.

Lee, yangdiletak sebagai pilihan ketujuh menewaskan Chen Gang dari Denmark 15-2, 15-8.

Dalam aksi lain pusingan kedua, pemenang pingat emas Sukan Asia, Taufik Hidayat dari Indonesia, yang diletak sebagai pilihan keenam akan bertemu Chen Yu selepas kemenangan 15-10, 15-6 ke atas pemain tuan rumah, Hidetaka Yamada.

Dalam perlawanan terdahulu di pusingan pertama, Roslin menang 15-1, 15-9 ke atas Kazuhiro Shimogami. Hafiz pula menewaskan Shoji Sato 15-9, 15-7. - AFP

KEPUTUSAN (pemain Malaysia)

LELAKI perseorangan (pusingan pertama) - Muhammad Roslin Hashim (MAS) kln Kazuhiro Shimogami (Jpn) 15-1, 15-9; Lin Dan (Chn) kln Yong Hock Kin (MAS) 5-15, 15-8, 15-10; Kay Bin Yeoh (MAS) kln Keita Masuda (Jpn) 15-8, 15-5; Budi Santoso (Ina) kln Sairul Amar Ayob (MAS) 15-11, 7-15, 15-4; Muhammad Hafiz Hashim (MAS) kln Shoji Sato (Jpn) 15-9, 15-7; Ismail Saman (MAS) kln Peter Rasummusen (Den) 15-13, 15-5; Marleve Mainaky (Ina) kln Lee Tsuen Seng (MAS) 15-12, 15-10.

SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2003&dt=0403&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_05.htm#ixzz4colfaS8k
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan