Isnin, 20 Mac 2017

Ewe Hock intai peluang juarai Grand Prix Kebangsaan 2001

ARKIB : 27/01/2002
JUARA Terbuka Malaysia, Ong Ewe Hock menghampiri peluang menjuarai Kejohanan Badminton Grand Prix Kebangsaan 2001 apabila menempah tiket ke perlawanan akhir setelah menumpaskan pemain nombor satu negara, Wong Choong Hann pada separuh akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara, semalam.

Choong Hann, pemain nombor tiga dunia melakukan banyak kesilapan dan kecuaiannya memudahkan Ewe Hock mencatat kemenangan mudah 7-3, 7-2, 7-4.

Pemain berusia 29 tahun itu akan bertemu `jaguh kampung' James Chua pada perlawanan penentuan hari ini sekali gus menyaksikan perlawanan ulangan Terbuka Pulau Pinang bulan lepas.

James yang sentiasa mempamerkan permainan cemerlang dalam kejohanan tempatan termasuk menjuarai tiga sirkit kebangsaan - Terbuka Pulau Pinang, Melaka dan Kelantan sudah pasti tidak akan memberi kemenangan mudah buat Ewe Hock.

Dengan rekod menewaskan Ewe Hock sebanyak dua kali di Terbuka Melaka dan Pulau Pinang, James sudah pasti menggunakan peluang yang ada untuk meraih wang kemenangan terbanyak RM7,000 yang ditawarkan kepada juara perseorangan lelaki.

James mara ke akhir setelah menewaskan Muhd Hafiz Hashim 7-2, 3-7, 3-7, 7-5, 8-7 pada perlawanan sengit di separuh akhir yang berlarutan selama sejam.

Beregu nombor tiga negara itu akan bertemu pasangan berpengalaman Choong Tan Fook-Lee Wan Wah bagi penentuan kejuaraan.
Sumber-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0127&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz4br3fju5S

© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan