Selasa, 21 Mac 2017

Cabaran Malaysia berakhir



ARKIB : 31/03/2002
YEOSU CITY - Cabaran Malaysia pada Kejohanan Badminton Terbuka Korea berakhir selepas dua wakil terakhirnya, Ong Ewe Hock dan Lee Tsuen Seng kandas pada separuh akhir, semalam.

Pemain veteran dan juara Terbuka Malaysia, Ewe Hock yang mengejutkan pemain nombor satu dunia, Xia Xuanze dari China pada suku akhir kelmarin, tewas kepada rakan senegara Xia, Lin Dan 7-3, 7-3, 7-4.

Tsuen Seng, 23, yang berpeluang cerah mengisi slot perseorangan keempat dalam skuad Piala Thomas tunduk kepada pemain tuan rumah dan juara Terbuka Hong Kong, Shon Seung Mo 2-7, 2-7, 5-7.

Korea Selatan menguasai pentas akhir beregu lelaki apabila dua pasangan, Lee Dong Soo-Yoo Yong Sung dan Ha Tae Kwon-Kim Dong Moon bertemu sesama sendiri.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik, Dong Soo-Yong Sung mengetepikan pasangan Denmark, Jesper Larsen-Jim Laugesen 1-7, 7-4, 7-1, 7-4.

Juara Seluruh England, Tae Kwon-Dong Moon pula menundukkan Hadiyanto Luluk-Alven Yuianto dari Indonesia 7-1, 7-3, 7-3.

China yang menguasai acara wanita merangkul gelaran perseorangan menerusi juara Asia, Zhang Ning yang mengalakkan juara dunia, Gong Ruina 7-0, 7-5, 7-1.

Korea membawa pulang gelaran beregu campuran selepas pasangan Dong Moon-Kyung Min menewaskan Michael Sogaard-Rikke Olsen dari Denmark 7-1, 7-3, 7-5.

SEMUA-Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0331&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4byZuFehu© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan