Sabtu, 25 Mac 2017

Choong Hann, beregu kembali tangga kelima



ARKIB : 09/11/2002
KEJAYAAN pada Terbuka Belanda dan layak ke separuh akhir Terbuka Denmark meletakkan kembali bekas pemain nombor satu dunia, Wong Choong Hann dari Malaysia ditangga kelima ranking badminton dunia.

Beregu utama negara, Chan Chong Ming dan Chew Choon Eng, yang menjadi naib juara Terbuka Denmark, juga menduduki ranking yang sama dalam senarai terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF), semalam.

Choong Hann, 25, mengakhiri kemarau kejuaraan apabila memenangi kejohanan di Eindhoven dua minggu lepas dengan menewaskan rakan senegara Lee Tsuen Seng dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki tetapi kalah kepada pemain Denmark, Kenneth Jonassen pada separuh akhir di Copenhagen, minggu lepas.

Ong Ewe Hock kini ranking ketiga di belakang dua pemain China, Chen Hong, yang juga juara Terbuka Denmark, dan pemain muda, Bao Chunlai. Seorang lagi pemain China, Xia Xuanze kini ranking keempat.

Dalam beregu lelaki, Chong Ming dan Choon Eng, yang kalah kepada beregu Korea Selatan, Ha Tae-kwon dan Kim Dong-moon di Copenhagen, Ahad lepas, naik lima tangga dari ranking sebelum ini, untuk berada di tempat kelima.

Bekas beregu nombor satu dunia itu, yang mememangi Terbuka Jepun April lepas dan pingat emas beregu lelaki Sukan Komanwel, pada Julai, kini mempunyai rekod 12 kemenangan dan lima kalah daripada enam kejohanan terbuka musim ini.

RANKING TERBARU IBF

LELAKI Perseorangan - 1. Chen Hong (CHN), 2. Bao Chunlai (CHN), 3. ONG EWE HOCK (MAS), 4. Xia Xuanze (CHN), 5. WONG CHOONG HANN (MAS), 6. Boonsak Polsana (THA), 7. Shon Seung-mo (KOR), 8. Lin Dan (CHN), 9. JAMES CHUA (MAS), 10. Peter Rasmussen (DEN).

Pemain Malaysia yang lain: 18. Sairul Amar Ayob, 23. Roslin Hashim, 24. Lee Tsuen Seng, 32. Hafiz Hashim, 42. Yong Hock Kin, 51. Ramesh Nathan, 59. Ismail Saman, 83. Lee Chong Wei, 84. Yeoh Kay Bin, 86. Allan Tai.

BEREGU: 1. Ha Tae-kwon/Kim Dong-moon (KOR); 2. Jens Eriksen/Martin Lundgaard Hansen (DEN); 3. Lee Dong-soo/Yoo Yong-sung (KOR); 4. Flandi Limpele/Eng Hian (ENG); 5. CHAN CHONG MING/CHEW CHOON ENG (MAS).

Pemain Malaysia yang lain: 27. Choong Tan Fook/Lee Wan Wah, 34. Jeremy Gan/Ng Kean Kok, 41. Gan Taik Chai/Fairuzizuan Tazari, 45. Choong Tan Fook/Chang Kim Wai, 54. Chang Kim Wai/Hong Chien Hun, 73. Zakry Latif/Fairuzizuan Tazari, 89. Koo Kien Keat/Ong Soon Hock.





SUMBERArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=1109&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz4cOiUapvv
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan